Sunday, 23 October 2011

Etika Kepimpinan...


TANGGUNGJAWAB

  • Menjalankan tugas dengan bersih, cekap dan amanah, setia dengan penuh minat, disiplin dan dedikasi.
  • Sentiasa memberi keutamaan kepada kepentingan negara dan tidak mementingkan diri sendiri.
  • Sentiasa berusaha meninggikan imej perkhidmatan dan organisasi.
  • Membuat pertimbangan yang teliti dan adil sebelum membuat keputusan dan tegas dalam melaksanakannya.

SIKAP

  • Sensitif terhadap persekitaran kerja dan alam sekeliling dan berusaha menyesuaikan diri dengan keadaan sekeliling.
  • Sentiasa bersikap positif dan bertanggungjawab.
  • Mempunyai fikiran yang terbuka dan sedia menerima teguran dari semua pihak untuk faedah organisasi dan negara.
  • Mengambil berat tentang masalah yang dihadapi rakan sejawat, baik pihak atasan mahupun rakan sejawat dibawahnya.


PERAWAKAN DAN PERIBADI

  • Mempunyai peribadi yang mulia, berbudi pekeri dan perawakan yang baik.
  • Sentiasa bersabar dan tenang dalam menghadapi masalah dan cabaran.
  • Sentiasa berusaha menambah ilmu pengetahuan.
  • Menjaga hubungan baik bagi setiap golongan masyrakat.

Semoga pedoman ini dapat dijadikan panduan buat semua warga sekolah bagi meneruskan kecemerlangan yang telah kita perolehi selama ini.





Dipetik dari Laman Web Hari Guru 2006 Peringkat Kebangsaan kali ke- 53.

No comments:

Post a Comment