Anak-anak berdebar ketika mengambil peperiksaan? Itu perkara biasa... dalam masa yang sama ibubapa juga tidak ketinggalan merasai debaran yang sama. Namun kematangan ibubapa insyaAllah dapat menangani "demam peperiksaan" yang bakal dihadapi.
Pada waktu dan ketika ini, peranan ibu bapa amat penting dan tidak boleh disangkal pada ketika anak-anak mereka
akan berdepan dengan suasana peperiksaan. Sesetengah ibubapa menganggap perkara-perkara ini adalah perkara yang remeh namun,anak-anak yang sedang berada di bangku sekolah
ini amat memerlukan sokongan daripada ibu bapa di dalam meyakinkan mereka
menghadapi peperiksaan dengan baik.
Seorang guru Kaunseling, Rusman Dulamit telah menggariskan beberapa tips yang penting bagi diamalkan oleh ibubapa untuk membantu anak-anak mereka bagi menghadapi peperiksaan. Semoga perkara yang baik ini dapat diamalkan bagi kebaikan dan manfaat anak-anak kita.
- Sentiasa bersama anak-anak
- Melahirkan kasih sayang
- Memberi nasihat/panduan yang berhemah
- Meraikan anak-anak pergi dan balik dari sekolah
- Memberatkan pendidikan agama di rumah
- Terlibat dengan urusan pelajaran anak-anak
- Mengatur masa rehat dan riadah anak-anak
- Menggalakkan dan menyediakan suasana membaca
- Menunjukkan contoh-contoh yang terbaik kepada anak-anak
- Meluangkan masa dan bergurau senda dengan anak-anak
- Mengujudkan komunikasi yang baik dengan anak-anak
- Menggunakan bahasa yang betul ketika bersama anak-anak
- Menunaikan janji kepada anak-anak
- Menunjukkan minat kepada aktiviti anak-anak
- Berminat untuk melayan pertanyaan anak-anak
- Memberi perhatian terhadap buah fikiran anak-anak
- Tidak mengancam dan menakutkan anak-anak
- Makan bersama anak-anak
- Tidak memberikan hukuman yang akan mendatangkan kesan psikologi kepada anak-anak
- Memberikan nasihat kepada anak-anak
- Memberikan penghargaan kepada anak-anak
- Bersikap tegas dan terbuka ketika mendidik anak-anak
- Membantu anak-anak membuat jadual belajar yang betul
- Berbincang dengan guru mengenai prestasi akademik dan disiplin anak-anak
- Berbincang dengan anak-anak cara menangani masalah
- Sentiasa bersedia mendengar masalah anak-anak
- Sentiasa memantau pergerakan anak-anak
- Menemani anak-anak ketika belajar
- Membimbing anak-anak ketika berada di dewan peperiksaan
- Mendoakan kejayaan anak-anak
Sebagai tambahan, mungkin ibubapa boleh turut berpuasa pada hari anak-anak mengambil peperiksaan dan mengamalkan perkara-perkara sunat yang lain. Semoga dengan amalan yang dilakukan dapat membantu anak-anak dari jauh dan seterusnya mendapat kejayaan yang diidamkan.
No comments:
Post a Comment