Tuesday, 4 September 2012

Klinik Bola Sepak 2012

Satu program Klinik Bola Sepak telah dirancang oleh Kelab Bola Sepak SK Undang Rembau. setelah mendapat kelulusan dari pentadbir sekolah, program ini telah diadakan pada 14 dan 15 Julai 2012 di Padang Dataran Rembau. Program ini diadakan bertujuan untuk memberi pendekatan berkaitan kemahiran bola sepak dan mencungkil bakat di kalangan murid-murid. Program ini juga dijalankan seiring dengan seruan Menteri Pelajaran Malaysia “ 1 Murid 1 Sukan’ untuk meningkatkan potensi setiap murid dari awal bangku sekolah. antara Objektif program ini dilakukan agar:

  1. Memberikan pendedahan kemahiran bola sepak secara sistematik dan betul kepada murid-murid.
  2. Menanamkan minat terhadap bola sepak dalam kalangan murid dan warga SK Undang Rembau.
  3. Mendedahkan murid-murid tentang teknik latihan dan aspek pemakanan, disiplin dan persediaan mental seorang pemain bola sepak.
  4. Menjalin kerjasama antara pihak sekolah, PIBG, dan masyarakat dalam membantu kecemerlangan sekolah.  
Program yang menyasarkan peserta dari kalangan tahun 2 hingga tahun 5 ini mendapat sambutan yang menggalakkan. seramai 55 orang murid telah mendaftarkan diri pada hari tersebut. Klinik bola sepak tersebut telah dibimbing oleh 2 orang juru latih bertauliah serta mendapat bantuan 6 orang guru serta seorang JK PIBG sekolah.  antara pengisian dalam program ini ialah: 



  • Latihan asas fizikal / kecergasan
  • Kemahiran asas bola sepak
  • Undang – Undang bola sepak
  • Taktikal bola sepak.


Semasa program ini berlangsung, beberapa bakat baru telah dikesan dan diharap murid dapat praktikkan segala kemahiran yang telah dipelajari serta menimbulkan minat yang mendalam terhadap sukan bola sepak. Secara keseluruhannya, aktiviti ini sangat menyeronokkan dan murid menunjukkan disiplin dan kesungguhan yang sangat baik.















































No comments:

Post a Comment