ABSTRAK
Sekolah
sebagai institusi pendidikan mempunyai strategi sendiri dalam meningkatkan
kualiti dalaman dan luaran mereka. Namun pengurusan sekolah sering
memperkatakan tentang masalah kualiti tetapi usaha serta pengamalan kualiti
masih samar dan tidak begitu jelas kepada mereka. Banyak konsep yang telah
diperkenalkan oleh kerajaan dalam memperbaiki sistem kualiti pendidikan negara.
Pada tahun 80-an pula, sektor awam pula telah memperkenalkan konsep Kumpulan
Meningkatkan Mutu Kerja (KMK). Kemudian, Konsep Sekolah Berkualiti, Total Quality
Management (TQM), The Good High School, pergerakan Pembaikan Sekolah (School
Improvement Movement) dan pergerakan Sekolah Efektif telah dilaksanakan oleh
pihak Kementerian Pendidikan. Sekiranya pihak sekolah melaksanakan sistem
kualiti maka akan wujud kualiti menyeluruh yang menggabungkan pembangunan
individu, pembangunan ilmu, dan pembangunan organisasi yang dijamin dan
dimantapkan dalam satu sistem yang difahami oleh semua warga sekolah dan
masyarakat. Namun sejauh manakah konsep ini difahami dan dihayati oleh
pihak-pihak yang terlibat dengan institusi pendidikan terutamanya sekolah?
Kertas konsep ini akan membincangkan tentang konsep kualiti dalam bidang
pendidikan. Selain itu, faktor-faktor yang membantu untuk meningkatkan kualiti
bidang pendidikan juga turut dibincangkan. Turut dijelaskan dalam artikel ini
juga ialah bagaimana sekolah yang berkualiti dapat meningkatkan kecemerlangan
serta cabaran yang dihadapi oleh institusi pendidikan.
(berikut adalah sebahagian daripada penulisan yang dibentangkan di Universiti Pendidikan Indonesia)
No comments:
Post a Comment