AMALAN KEPIMPINAN TRANSFORMASI DAN
KAPASITI KEPIMPINAN DI DUA BUAH SEKOLAH KLUSTER DI MALAYSIA.
Kajian ini dilakukan bertujuan untuk mengkaji hubungan antara
amalan kepimpinan transformasi pengetua dengan kapasiti kepimpinan guru di dua
buah sekolah kluster. Selain itu beberapa soalan kajian perlu dijawab
antaranya:
·
Perbezaan
amalan kepimpinan transformasi pengetua dengan sekolah kajian.
·
Perbezaan
kapasiti kepimpinan guru antara sekolah kajian.
·
Dimensi
kepimpinan transformasi yang menjadi peramai signifikan bagi tahap kapasiti
kepimpinan guru di sekolah kajian.
Kajian ini berbentuk kajian deskritif
dan dijalankan menggunakan pendekatan tinjauan. Kaedah kuantitatif telah
digunakan dengan mengedarkan boring soal selidik kepada responden bagi
mendapatkan data kajian yang terdiri daripada 93 orang guru di dua buah sekolah
kluster yang terletak di utara semenanjung Malaysia.
Dalam kajian yang telah dilakukan ini,
pengkaji telah menggunakan Model Kapasiti Kepimpinan bagi empat jenis sekolah
yang telah dipelopori oleh Lambert (1998). Teori ini dengan jelas telah
menyatakan bahawa dua dimensi yang membina kapasiti kepimpinan guru ialah
dimensi penyertaan dan kemahiran dan keperluan model ini menjadi garis panduan
dalam menjelaskan kepentingan kepimpinan terhadap keberkesanan sekolah.
Gabungan dua dimensi ini jika diaplikasikan dengan sempurna akan menghasilkan
sekolah yang cemerlang dan berkesan.
Dapatan kajian yang telah diperolehi
oleh pengkaji dalam kajian ini telah menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang
nyata dalam amalan kepimpinan transformasi di dua buah sekolah tersebut. Namun
dalam aspek kepimpinan guru di sekolah, dapatan kajian menunjukkan kedua-dua
sekolah berada pada tahap yang sama. Kajian juga telah mendapati bahawa tidak
terdapat hubungan yang signifikan antara amalan kepimpinan transformasi dengan
kapasiti kepimpinan guru di sekolah kajian.
Dapatan kajian yang telah diperolehi
telah dibincangkan oleh pengkaji. Terdapat perbezaan yang signifikan antara dua
buah sekolah tersebut bagi pengamalan kepimpinan transformasi pengetua. Bagi
sekolah yang mengamalkan kepimpinan transformasi yang tinggi, staf di bawah
pimpinan pengetua tersebut akan member komitmen dan kerjasama pada tahap yang
tinggi (Leithwood & Jantzi, 2000). Kapasiti kepimpinan yang berada pada
tahap yang sederhana juga tidak memeranjatkan pengkaji kerana dapatan Halijah
(2004) menunjukkan guru-guru di sekolah bestari juga mengamalkan cirri-ciri
kapasiti kepimpinan ini pada tahap yang sederhana.
Dapatan kajian juga menunjukkan tidak
terdapat hubungan yang signifikan antara amalan kepimpinan transformasi
pengetua dengan tahap kapisiti kepimpinan guru. Pengkaji telah menyatakan
bahawa sekolah kluster yang dipilih berbeza aspek kecemerlangannya iaitu
sekolah A ialah sekolah premier yang cemerlang dalam bidang kokurikulum
manakala sekolah B pula cemerlang dalam bidang persatuan. Maka perbezaan niche
area ini tidak menunjukkan keseluruhan aspek kerana sebilangan kecil sahaja
guru yang terlibat dalam menjayakan bidang-bidang tersebut. Secara tidak
langsung turut mempengaruhi kapasiti kepimpinan guru pada tahap yang sederhana.
Selain itu juga, sekolah-sekolah dalam kajian ini baru dinobatkan sebagai sekolah
kluster maka amalan PBS masih tidak diamalkan secara meluas maka pengaruh
amalan kepimpinan transformasi terhadap kepimpinan guru masih lemah.
Jurnal yang diulas ialah Peranan Pengetua Sebagai Pengurus Kokurikulum di Sekolah Menengah Daerah Mersing oleh Aziah Ismail, Abdul Ghani Kanesan Abdullah &
Abdullah Saad. Mohd Anuar Abdul Rahman
& Nor Azah Azman. 2011
No comments:
Post a Comment